Sidang media oleh Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan merangkap Adun Kepayang Nga Kor Ming pada Mesyuarat Keempat Tahun Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak darul Ridzuan. FOTO L.MANIMARAN
PETALING JAYA – Pelabur tempatan dan asing kini melihat Perak sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi didorong oleh pembangunan projek-projek berimpak tinggi yang sedang dan akan dilaksana di negeri itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Wan Mohd. Farid Wan Zakaria berkata, antara perkembangan terbaharu yang menarik perhatian ialah pengumuman Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bahawa Perak merekodkan pelaburan RM7.1 bilion pada suku pertama tahun 2023.
“Ini merupakan peningkatan 550 peratus berbanding tempoh sama pada 2022, satu rekod yang cukup memberangsangkan.
Ipoh: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan peruntukkan RM308 juta bagi pembinaan tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu membabitkan tiga tapak yang dikenal pasti membabitkan tiga kawasan parlimen berbeza di sekitar Perak.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata tiga kawasan itu membabitkan tiga kawasan parlimen berbeza iaitu Tambun, Lenggong dan Teuk Intan dengan pembinaan ketiga-tiganya dijangka memberi manfaat kepada 6,000 isi rumah di Perak membabitkan pembinaan 1,200 unit PPR.
Menurutnya, PPR di Tambun akan dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi atas tanah kerajaan negeri yang menyasarkan sebanyak 500 unit rumah bertingkat dengan kemudahan lif membabitkan anggaran kos RM140 juta.
“PPR di Lenggong yang berada dalam DUN Kota Tampan akan dibangunkan dengan 300 unit rumah jenis teres di atas tapak pemberian kerajaan negeri Perak dengan anggaran kos RM72 juta.
“Manakala untuk PPR Teluk Intan di DUN Changkat Jong, sebanyak 400 unit rumah teres akan dibina di atas tanah milik Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dengan anggaran kos RM96 juta,” katanya.
Nga berkata bagi PPR Tambun, KPKT sedang mendapatkan pertimbangan dan kelulusan khas Kementerian Ekonomi. Bagi PPR Lenggong atau nama asalnya PPR Perak yang sudah diluluskan dalam Rolling Pelan Ketiga (RP3) Tahun 2023, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
“Ia akan dilaksana secepat mungkin dengan permohonan mengenainya sedang dalam pertimbangan Notis Perubahan (NOC) oleh Kementerian Ekonomi.
“Bagi PPR Teluk Intan, permohonan mengenainya sudah dikemukakan dan sedang dalam pertimbangan NOC oleh Kementerian Ekonomi,” katanya dalam sidang media sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama dalam sidang media itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Katanya lagi, pembangunan tiga projek PPR itu adalah bagi menjayakan sasaran Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan 500,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah RMK-12 sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.
Sumber : Harian Metro Online