SAARANI Mohamad (tengah) pada perasmian Projek Solar Toyo Tires Malaysia di kawasan Perindustrian Kamunting di Taiping, semalam. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
TAIPING: Kerajaan Negeri Perak menggalakkan penglibatan pihak swasta untuk bersama-sama mengambil langkah penjimatan melalui penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih lestari seperti tenaga solar, sejajar dengan teras ketiga pelan Perak Sejahtera 2030. Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri sudah pun melaksanakan kerjasama strategik dengan pihak swasta dalam pembangunan tenaga solar.
Sumber : Utusan Malaysia Online