Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee
IPOH, 30 Disember- Kerajaan Perak sedang berbincang dengan pengusaha parkir berhubung dakwaan harga tiket mahal di Marina Island, Lumut.
Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata perbincangan itu selaras dengan hasrat menjadikan kawasan tersebut mesra pengunjung.
Jelas beliau, lokasi tersebut merupakan tanah persendirian dan bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Jadi kepada mereka yang ingin menggunakan tempat letak kereta, kita ingin memberitahu bahawa anda juga boleh menggunakan jeti di Lumut, di mana ada tempat parkir yang disediakan oleh pihak kerajaan jadi sudah tentu cajnya tidak akan menjadi seperti parkir persendirian,” katanya selepas merasmikan Perak Bike Week 2023 sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah.
Bercakap mengenai program, pihaknya akan mempertimbang untuk menjadikan program Perak Bike Week salah satu acara adalam kalendar pelancongan negeri pada masa akan datang.
Sumber : Berita RTM Online