PEGAWAI penguat kuasa MPM memberi penerangan kepada anggotanya mengenai fungsi MyPatil di sebuah premis di Pulau Pangkor baru-baru ini.
LUMUT – Pendigitalan lesen perniagaan menerusi aplikasi MyPatil merupakan usaha Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagi memastikan Agenda Utama Perak Sejahtera 2030 dapat memacu Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) di daerah ini.
Pengarah Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai Pangkor (UPPBC), Nadiah Mohd. Saruan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memastikan semua premis di Pulau Pangkor dilengkapi lesen digital yang diperkenalkan pada 2021.
“Sehingga kini, sebanyak 307 premis yang dikunjungi MPM telah dipasang lesen digital itu, manakala tujuh masih belum. Kami sedang dalam usaha untuk mengunjungi 593 premis perniagaan lain di pulau berkenaan.
“Menerusi MyPatil, penguat kuasa tidak perlu lagi melaksanakan pemeriksaan lesen premis dari pintu ke pintu kerana aplikasi itu akan memaparkan status perniagaan suatu premis dalam jarak 200 meter dari lokasi penguat kuasa berada,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Nadiah berkata, pelaksanaan MyPatil juga adalah manifestasi usaha yang diambil MPM bagi menyahut seruan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bagi mengguna pakai Perak Sejahtera 2030 sebagai pelan bagi memanfaatkan sumber serta jaringan strategik.
Menurutnya, pelan itu juga digunakan PM bagi meneroka peluang-peluang baharu bagi memastikan pembangunan Pulau Pangkor dapat direalisasikan demi kesejahteraan penduduk pulau peranginan tersebut.

Jelasnya, ia mengandungi cadangan tindakan pembangunan dan pengurusan bagi tujuan memperkasakan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan mampan dan pintar.
“Pulau Pangkor berpotensi untuk dijadikan kawasan pelancongan dan tempat beli-belah berasaskan sistem digital serta urus niaga tanpa tunai.
“UPPBC MPM sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri yang sejajar dengan hasrat kami untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai Smart Island,” katanya.
Sumber : Kosmo Online