Mohd Yusri melakukan pemeriksaan perbarisan sempena lawatan kerja beliau ke IPD Manjung, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Mohd Yusri berkata, anggota polis mesti melaksanakan peranan di setiap bahagian termasuk operasi, siasatan, pentadbiran dan logistik dengan disiplin.

“Jangan jadi racun. Jangan jadi duri dalam daging. Jangan jadi nila yang boleh merosakkan prestasi, semangat kerja rakan lain yang bersemangat, bertungkus-lumus mahu menjalankan tugas dengan 100 peratus komitmen untuk menjalankan tugas dan mendapatkan pendapatan yang halal untuk menanggung anak, isteri dan keluarga,” katanya.

Pada 11 Julai lalu, media melaporkan enam anggota polis dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak ditahan dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) ketika berhibur dengan seorang wanita warga asing di bilik karaoke sebuah pusat hiburan di Ipoh.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, mendapati seorang anggota beragama Islam dikesan mengambil minuman keras, manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja.

Difahamkan, pucuk pimpinan PDRM mengarahkan anggota berpangkat koperal dan lans koperal itu ditukarkan ke cawangan baharu.

Sumber : Harian Metro Online