Apakah Itu Perak Sejahtera 2030?

Perak Sejahtera 2030 adalah sebuah pelan komprehensif yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Perak dengan tujuan untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang mampan, inklusif, dan dinamik menjelang tahun 2030. Dengan visi “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera,” inisiatif ini memberi tumpuan kepada enam agenda utama dan lima keperluan rakyat.

Menteri di Sebalik Inisiatif

Inisiatif ini diterajui oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad. Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan negeri berusaha untuk membawa perubahan yang signifikan dan berkesan kepada negeri Perak melalui pelbagai projek dan program yang dirancang.

YAB Menteri Besar Perak, YAB Dato' Haji Saarani bin Mohamad

Agenda Utama Perak Sejahtera 2030

01.

Sekuriti Makanan

Perak Sejahtera 2030 menekankan pentingnya sekuriti makanan dengan memperkukuh sektor pertanian dan hasil pengeluaran agromakanan dan nisbah kawasan tanaman makanan. Objektif yang ingin dicapai melalui inisiatif yang menyokong Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 adalah:-

02.

Ekonomi Digital

Transformasi digital adalah salah satu fokus utama Perak Sejahtera 2030. Inisiatif ini menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam perniagaan dan sektor awam, meningkatkan infrastruktur digital, dan menyediakan program latihan kemahiran digital untuk rakyat.

Ini akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi digital yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam Negeri Perak.

03.

Pembuatan Keputusan Berpacukan Data

Penggunaan data yang berkesan dalam pembuatan keputusan adalah penting untuk keberkesanan pelaksanaan program.

Kerajaan negeri memperkenalkan sistem pengumpulan dan analisis data yang komprehensif untuk membantu membuat keputusan yang lebih tepat dan berinformasi, serta untuk pemantauan dan penilaian program.

04.

Koridor TVET Malaysia

Perak Sejahtera 2030 juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan melalui program TVET (Technical and Vocational Education and Training). Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak industri, dengan kerjasama sektor swasta dan industri.

Program-program TVET dalam negeri Perak bermatlamat untuk mengimbangi migrasi remaja ke luar Perak, melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi serta menarik pelabur luar ke negeri Perak.

05.

Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri

Ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran adalah elemen penting dalam Perak Sejahtera 2030.

Tadbir urus projek di negeri Perak yang bertujuan untuk memastikan setiap projek dilaksanakan dengan efisien dan memberikan manfaat maksimum kepada rakyat.

06.

Perlombongan Bertanggungjawab

Kerajaan negeri juga mempromosikan perlombongan yang bertanggungjawab dengan memastikan aktiviti perlombongan dilakukan secara lestari dan memberi manfaat ekonomi kepada negeri tanpa menjejaskan alam sekitar.

Keperluan Rakyat yang Dipenuhi

01.

Kesihatan & Kesejahteraan

Pelbagai Inisiatif diperkenalkan dalam kategori ini. Inisiatif diperkenalkan berusaha untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti. Ini termasuk pengenalan pelbagai skim dan peningkatan perkhidmatan kesihatan sedia ada, serta program kesihatan awam dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Anda boleh mengetahui dengan selanjutnya di Kategori Kesihatan & Sejahteraan.

02.

Peluang Pekerjaan Berkualiti dan Digital

Perak Sejahtera 2030 menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor digital dan teknologi di negeri Perak. Pelbagai portal dan informasi disediakan untuk para pencari kerja untuk memastikan rakyat Perak bersedia dan berdaya saing dalam pasaran kerja.

Anda boleh mengetahui dengan selanjutnya di Kategori Peluang Pekerjaan Berkualiti dan Digital.

03.

Bekalan Makanan Mencukupi

Inisiatif ini memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan selamat untuk semua rakyat. Langkah-langkah peningkatan produktiviti pertanian dan pengedaran yang lebih efisien diambil untuk mencapai matlamat ini. Skim dan inisiatif seperti Skim Pembiayaan Pinjaman Tanpa Faedah, Pinjaman Tabung Usahawan, Program Latihan Kemahiran & Kerjaya KPLB diperkenalkan dalam kategori ini.

Anda boleh mengetahui dengan selanjutnya di Kategori Bekalan Makanan Mencukupi.

04.

Pemilikan Rumah

Kerajaan negeri memperkenalkan pelbagai skim perumahan mampu milik dan bantuan mengurangkan beban kewangan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri di negeri Perak. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat. Lembaga Perumahan & Hartanah Perak dan Sayangi Rumahku diperkenalkan dalam kategori ini.

Anda boleh mengetahui dengan selanjutnya di Kategori Pemilikan Rumah.

05.

Pembangunan Modal Insan & Belia

Pelbagai program pembangunan modal insan dan belia dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran belia Perak. Program TVET dan inisiatif pembangunan kepimpinan adalah antara usaha utama dalam kategori ini.

Anda boleh mengetahui dengan selanjutnya di Kategori Pembangunan Modal Insan & Belia.

Penutup

Perak Sejahtera 2030 adalah komitmen jangka panjang kerajaan negeri Perak untuk membawa perubahan positif yang menyeluruh kepada kehidupan rakyatnya. Dengan tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang mampan, kesejahteraan sosial, dan kelestarian alam sekitar, pelan ini bertujuan memastikan negeri Perak terus maju dan rakyatnya menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan makmur menjelang tahun 2030.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif lain yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Perak, layari laman web Perak Sejahtera 2030. Perak Sejahtera 2030 adalah pusat informasi satu-hub yang menyediakan berita terkini, program, dan skim berkaitan kerajaan negeri Perak.