SEON-ung menjaringkan gol kelima peribadi ketika Perak FC menang 3-1 ke atas Penang FC di Stadium Peral, Ipoh, malam ini. FOTO FB PERAK FC

Kuala Lumpur: Perak FC meraih kemenangan keempat dalam saingan Liga Super musim ini apabila menundukkan Penang FC, 3-1 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Kejayaan mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri itu menyaksikan skuad The Bos Gaurus terus memperbaiki kedudukan untuk berada di tangga ke-11 liga ketika ini.

Tiga gol Perak dihasilkan menerusi ledakan Luciano Guaycochea di minit kelima disusuli Wan Zack Haiqal (m-23) dan Seo Seon-ung (m-75).

Manakala gol saguhati pelawat pula diraih melalui sentuhan Alif Ikmalrizal Anuar di minit 74.

Buat Penang pula, kekalahan itu adalah yang ketiga berturut-turut dalam saingan liga.

Selepas ini, Perak bakal berdepan tugas sukar apabila dijadual berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad ini.

Sementara skuad Harimau Kumbang akan menanti kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 22 Ogos ini.

Sumber : Harian Metro Online