– Foto Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda enam negeri sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca itu diramal di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
Katanya, di Kedah membabitkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; di Perak (Hulu Perak); Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan di Pahang serta Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak.
“Ramalan cuaca sama turut diramal di seluruh Kelantan dan Terengganu.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Sumber : Berita Harian Online